Percutian menarik di daerah-daerah Pahang - Janda Baik, Bentong


         
FAM Trip Bentong-Raub-Lipis 17-19 Julai 2020

DAY 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
          Macam mana dengan  kehidupan anda sekarang? Diharapkan tiada yang terjejas teruk dek penangan si covid ni ye. Dah lama kan semua kena berkurung ja. Sekarang alhamdulillah kita dah berada dalam fasa pemulihan. Apa yang bestnya kita dah boleh bercuti di dalam negara. Percutian domestik ni pun sangat-sangat ok sebenarnya kan. 

          Baru-baru ni aku ada ikut trip percutian blogger bersama  Tourism Pahang ke beberapa daerah yang terdapat di Pahang. Ada 3 daerah yang termasuk dalam lokasi percutian kali ini adalah Bentong, Raub dan Lipis. Ha...apa yang ada di Pahang? Sebenar-benarnya kalau tanya aku, aku pun hanya akan terbayangkan Cameron highland, Taman Negara, Kuantan... yang aku tahu Pahang banyak hutan, banyak felda... tu je.

       Percutian kali ni memang bagi banyak input dalam otak aku ni berkenaan Pahang atau lebih spesifiknya lagi serba sedikit pengetahuan mengenai daerah Bentong, Raub dan Lipis.


APA ADA DI BENTONG?

          Tahu tempat yang namanya Janda Baik kan? Ha, Janda Baik terletak dalam daerah Bentong. Siapalah yang tak tahu Janda Baik kan. Dan terkenal dah sebenarnya Janda Baik ni sebagai tempat untuk bercuti. Tambah-tambah lai untuk warga KL. Ye la, dekat je, bukan jauh pun... Kalau drive dari KL tu dalam 40 minit dah sampai. Tapi aku rasa ramai yang macam aku. Kalau sebut je Janda Baik, akan terbayangkan chalet tepi sungai tu je. Sebenarnya Janda Baik ni banyak lagi chalet dan aktiviti yang boleh kita buat kat sini.


CHALET MAMAPAPA



"Selamat datang ke Chalet Mamapapa"

Selesa


 Aku pernah beberapa kali ke Janda Baik, tapi hanya ke tempat yang sama. Aku tak tahu pun sebenarnya di Janda Baik terdapat banyak gila chalet... ikut bajet percutian masing-masing. Kali ni kami di bawa singgah di Chalet Mamapapa. Apa yang menariknya kebanyakkan chalet di sini diushakan sendiri oleh penduduk kampung termasuklah Chalet Mamapapa ni.

          Sampai je di sini kami dijamu dengan sarapan yang menyelerakan. Memang dok tunggu la bab makan ni. walaupun sebelum bertolak tadi masing-masing dan sarapan di Matic. Persekitaran chalet ni memang cantik, sesuai aku tengok kalau nak buat percutian keluarga. Hari tu langit cerah membiru je, tambah pula dikelilingi tumbuhan hijau dan deruan air sungai yang terletak betul-betul belakang chalet. Perghhh... memang terbaik lah. 

          Kat sini antara aktiviti yang ada selain mandi-manda kat sungai tu, ada juga iktiviti seperti jungle trekking ke Air Terjun Tampik. Tapi kalau nak ke sana perlu ada permit ye. Guide untuk ke sana tak perlu risau kerana anak-anak tempatan di sini ramai yang telah terlatih untuk menjadi guide. Selain tu ada juga aktivit seperti memanah, ATV, paintball dan lain-lain lagi kat sini.

Memanah

"Intai"

"Lihatlah"

Sungai

"Bawang"

Sarapan
   

                                                                                                                                    

RADIANT RETREATS


Radiant Retreats

          Perjalanan kami bersambung dan kali ini kami singgah di Radiant Retreats untuk melihat kawasan persekitaran dan aktiviti yang ditawarkan. Ini kali pertama aku sampai sini. Turun je bas rasa teruja nampak kolam dan pemandangan yang cantik. Kami bergerak ke dewan untuk sesi taklimat, fuh..fuh..fuh.. kena mendaki wei.. aduh tercungap-cungap juga la bila panjat jalan yang berbukit nih. lama oooo tak excercise. Ye la PKP kan, asyik terkurung je dalam rumah... hahahaha selamat ada alasan kan, padahal dah bertahun tak bersenam ni.

          Sampai di dewan kami diberikan penerangan tentang aktiviti yang ada di Radiant Retreats ni. Banyak aktiviti yang mereka tawarkan terutamanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mengadakan aktiviti "summer camp" di sini. Tentang coach ataupun tenaga pengajar kat sini anda jangan risau kerana kebanyakkan coach di sini semuanya lepasan universiti yang mengambil jurusan sains. Bukan kaleng-kaleng ya orang zaman sekarang kata. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di Radiant Retreats ini adalah seperti ATV, paintball, river-tubing, war games, summer camp, fun fair game selain aktiviti untuk korporat seperti teambuilding dan sebagainya.
          
Peta

           Setelah selesai taklimat dan sebelum kami menjamu selera makan tengahari, di dibawa bersiar-siar disekitar The Garden Farm. Pemandangan kawasan berbukit menhijau ni memang sangat menyegarkan mata. Sepanjang Perjalan ada port-port yang menarik untuk bergambar. Haaaa sekarang ni kan zaman IG, jadi port-port macam ni memang wajib adalah. 

Hydroponic farm
Port instagram
   
Jelajah kawasan
E-Dangau


                                                                                                                             

THE LAND

Apa ada di sini?

SOP sila jaga ye..


          Perhentian terakhir untuk di lawati hari ni sebelum kami bermalam di Tanah Aina Farhad. Kali ni kami singgah di The Land. Ianya merupakan milik persendirian yang mulanya pemiliknya membuat upacara perkahwinan di sini. Kemudian mendapat respon yang menggalakkan untuk tempahan tempat ini, makanya wujudlah The Land.

          Konsep The Land ni ala-ala macam homestay resort suasana kampung. Kat sini banyak bintang-binatang peliharaan dan ternakan macam yang ada kat kampung. Ada kolam ikan, itik, angsa, ayam, kambing...banyk lagi lah. Jadi yang tak ada kampung tu ha boleh lah mai sini rasa macam mana suasana dia. 

best lepak santai-santai

          Kelengkapan dan kediaman di sini jangan bimbang, cantik dan bersih. Bilik-bilik kat sini terdapat banyak variasi. Boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing. untuk yang pasangan, berkeluarga, keluarga besar... semua ada. Dewan yang ada memang sesuai untuk sesiapa yang nak buat majlis persandingan. Penginapan untuk keluarga tak perlu risau dah. Kalau untuk kursus korporat pun sangat sesuai. Dewan dia berkonsep terbuka. Tapi bukan tak ada dinding, cuma dinding kaca. Sambil kursus tu bolehlah tengok-tengok luar untuk segarkan mata.

Luas dan selesa

Antara variasi pilihan

Ruangan dapur

Suasana tenang

Persekitaran yang bersih


itu sajalah untuk kali ini... nanti kita sambung lagi..


P/s : Awatlah blogspot ni makin annoying ni.. susah la nak letak gambaq pun, lari sini-sana.. penat aih dok godek sana godek sini berjam-jam...huh

Post a Comment

0 Comments