Tanah Aina Fahad, tempat menarik di Raub Pahang

 Selamat datang ke Tanah Aina Fahad.

"Journey of love back to nature"

"I'm Backkkk!!!"

          Tanah Aina menjadi tempat persinggah kami untuk bermalam. Pada mulanya kami hanya singgah untuk menjamu selera tengahari je kat sini. Tapi ada perubahan dalam aktivi perjalanan kami, tapi perubahan yang sangat-sangat membuatkan semua orang teruja. Walaupun aku dah pernah datang ke sini, tapi untuk datang lagi dan bermalam di sini masih membuatkan aku rasa lagi teruja. 

          Ye la, lepas balik dari Tanah Aina dulu dok teringat je bila lah boleh dapat peluang datang ke sini lagi. Alhamdulillah rezekei dan jodoh masih ada, kami ke sini lagi.

          Apa yang menarik sangat tu kat Tanah Aina Fahad ni? Oh ya Tanah Aina ada banyak tau, yang kami pergi ni Tanah Aina Fahad yang terletak di daerah Raub, Pahang. Nak ke sini tak susah pun sebab Tanah Aina Fahad ni memang terletak di tepi jalan je. Bas pun boleh sampai ke sini. 


APA YANG ADA KAT TANAH AINA FAHAD NI?

          Apa yang paling aku suka ialah suasananya. Sampai je kat sini rasa tenang je. Pokok keliling, memang ala-ala dalam hutan la, tapi hutan yang terjaga rapi...hahaha.. memang best bila kita pergi ke tempat yang lain dari suasana kota kan... tenang, sejuk dan dengar suara alam semulajadi. Tambahan pula bersebelahan dengan Sungai Dong, dengar deruan air yang mengalir pun semacam terapi juga kan untuk hilang kan lelah dan stress.

Suasana sekitar kawasan khemah


          Di Tanah Aina Fahad ni konsep yang ditawarkan adalah "Glamping". Bagi yang masih tertanya-tanya glamping tu apa, glamping adalah satu perkhemahan secara glamour. So jadilah glamping bila glam+camping. Bagi mereka yang inginkan rasa nak berkhemah tu, tapi tak mau perkhemahan yang betul-betul tu kan, boleh lah try glamping ni. Glamping ni memang kita tidur dalam khemah, tapi khemah yang upgrade la. Tak payah nak pasang-pasang khemah. 
          Semua kelengkapan dah tersedia. Dalam khemah tu ada kipas angin dan katil. Ye ada elektrik, tahu la orang zaman sekarang ni mana boleh tak da suis nak charge phone kan... termasuklah aku, hahahaha. Tapi kat sini ada juga yang penginapan chalet bagi mereka yang nak lebih keselesaan.


"Glamping"

Luas dan selesa

Ni katil aku, berantakan... :)


          Selain tu, banyak lagi kemudahan yang disediakan kat sini. Semua pasti nak tau toilet dia macam mana kan? Toilet ada dan sangat selesa. Satu tempat khas disediakan untuk kemudahan mandi dan sebagainya. Yang paling best air kat toilet pun pakai air dari bukit. Air bukit, korang boleh paham la dia punya sejuk tu macam mana. Ada juga yang ada heater, tapi aku mandi guna air sejuk je... bayangkan pagi-pagi subuh kau mandi. Aku sampai kena brain freez la, sejuk yakmat.

Jangan risau tandas banyak..ada 2 side

Bukan setakat nyanyi, menari pun boleh ko..


          Kemudahan lain lagi yang disediakan di sini seperti dewan makan yang luas dan selesa. Tepi dengan sungai, jadi sambil makan tu dok dengar bunyi air menderu-deru lah. Terdapat banyak tempat-tempat untuk lepak-lepak santai. Wakaf, kerusi-kerusi malas ataupun sofa-sofa empuk, semua ada kat sini. Pilih je kat mana nak lepak. Aku suka lepak dekat wakaf dan kerusi mals tu sebab boleh baring-baring dan dekat dengan sungai.

          Kalau dah bosan-bosan tu, ada je meja ping-pong, karom, dam dan giant chess yang ada kat sini. Tak mau buat semua tu? Ha ada set karaoke, melalaklah sepuas-puasnya...hahaha. Boleh juga jalan-jalan kat kawasan sekeliling ni sambil lihat keindahan alam, ada juga jambatan gantung kat sini. 


"The order of the round sofa"

Wakaf untuk santai-santai...leh main congkak

Ruang makan yg luas, makan pun sedap-sedap...


          Bagi yang tak nak dok lepak santai kat resort je kan, boleh je arrange trip jungle trekking kat sini. Aku dah pernah pergi, ok tak lah mencabar sangat. Eh orang macam aku boleh takkkan korang tak boleh kan. Cumanya kena tahan dengan pacat lah. Tapi kalau takot pacat baik takyah masuk hutan kan. Selain tu ada juga tapak untuk permainan paint ball kat sini. 

          Dan acara yang paling menarik bagi aku kat sini adalah acara mandi sungai. Hahaha... aku memang dari dulu suka dengan sungai. Masa kitaorg pergi haritu selalu hujan. Air sungai warna teh-0 tapi bukan keruh. Air jernih je cuma berwarna, bukan apa musim hujan dan kawasan sini penuh pokok jadi biasalah. Pekerja sini ada bagi tahu yang punca air sungai tu dari dalam tanah, macam ada sungai dalam tanah...errr mungkin gua dalam tanah.

Terbaek sungai ni..sejuk ooooo

Kat sini leh buat aktiviti water confident

Berendam sampai kecut abih.

Posing itu penting..


          Jadi bagi aku Tanah Aina Fahad ni memang sesuai untuk mereka yang ingin lari sekejap dari hiruk-pikuk kota tu. Boleh je buat weekend trip ke sini sebab bukan jauh sangat pun dari Kuala Lumpur tu. Datang sini lepak-lepak, mandi sungai, rehat untuk hilang kan stress sangat berbaloi. Untuk yang bujang-bujang boleh datang berkumpulan dan sesuai juga untuk yang berkeluarga.


Sekilas pandang suasana dan kemudahan di Tanah Aina Fahad

Suasana malam..leh buat campfire kt kawasan ni.

another "tak pose tak sah" photo

Aku lak pose...hahaha.. 

Jangan risau banyak je lampu kat sini.

Luaskan dewan konsep terbuka ni...leh wat wedding kat sini nih..

Aman damai jer..

Buffet time...serbuuuu

Leh lepak kerusi malas ataupun naik buai..


Tu je lah dulu untuk kali ini...
semoga akan ada coretan yang lain pula nanti ya.

semoga dapat kembali lagi

untuk lebih info :

Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel









Post a Comment

0 Comments