s20 PLus |
Sejujurnya, aku bukanlah hebat atau pandai sangat bab-bab gajet ni. Cuma apa yang aku nak kongsikan kat sini cuma pengalaman aku pakai phone s20+ ni sebagai kebanyakkan orang biasa pakai. Ceritanya kenapa aku tukar kepada s20+ ni? Phone terakhir yang aku guna sebelum pakai s20+ ni adalah OPPO R9s. Ya, phone dah beberapa tahun aku pakai dan banyak app dan software yang dah aku tak nak update. Sebab tu lah aku ambil keputusan beli phone yang baru. lagipun nak merasa balik pakai yang "flagship" phone ni.
Dan kenapa aku pilih s20+ ni? Saja je sebenarnya, sebelum ni pun aku pernah pakai Note 3 ( nampak tak berapa generasi dah ketinggalan, sekarang dah nak keluar Note 20 ye ) aku pakai Note 3 sebelum aku pakai OPPO. Bagi aku, aku lebih sukakan SAMSUNG berbanding OPPO. Ada benda yang pada OPPO buat aku geram. Tapi tu cerita lain lah ye dan Note 3 aku masih berfungsi dengan baik, tapi cuma software outdated dan tak berapa nak smooth dah le. Jadi sebab tu la aku pilih s20+ ni. Lagipun aku beli time offer...jadi dapat la jimat gak.
Okey ni aku senarai spesifikasi yang agak penting je la ye..
Spesifikasi
Display - 6.7'' Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X (3200x1440) < skrin dia ok bagi aku, cerah and clear
Dimension - 161.9 x 73.7 x 7.8 mm < ni sedap-sedap genggam tangan.
Weight - 186g
Battery - 4500mAh (typical) < aku baca review kat Malaysia tak pakai snapdragon tapi pakai Exynos yang mana lebih cepat drain bateri. Dari pengalaman aku mmg bateri cepat juga habis walaupun kapasiti bateri agak besar.
Memory - 128GB internal storage with 8GB RAM < ni boleh upgrade pakai sd card sampai 1 TB.
Network - LTE,Wi-Fi 6 < kat Malaysia, 5G untuk s20 Ultra saja... s20+ guna 4G jah...
Charging - Super Fast Charging
- Fast Wireless Charging 2.0
- Wireless PowerShare
Front Camera - Dual Pixel 10MP AF, Aperture: F2.2
Rear Camera
Quad Camera with Dual OIS
1. Ultra Wide Camera (12MP, Aperture: F2.2)
2. Wide-angle Camera (Super Speed Dual Pixel 12MP AF, Aperture: F1.8)
3. Telephoto Camera (PDAF 64MP, Aperture: F2.0)
4. DepthVision Camera (VGA)
Camera Features
Space Zoom
Up to 30x Super Resolution Zoom - aku tak suka sgt gambar zoom sebab kurang sharp, jadi aku jarang zoom.
3x Hybrid Optic Zoom
Single Take - yang ni aku masih terkial2 nak guna.
Night Mode - aku paling suka feature yang ni.
Live focus - ni pun masih dok cuba-cuba lagi
Video Recording
8K at 24 fps
4K UHD at 60 fps
1080p FHD at 60 fps
720p HD at 30 fps
HDR 10+
Live focus video
Super steady
Zoom-In Mic
Super Slow-Mo
Slow motion
- untuk video setakat ni aku sangat jarang guna, tapi setakat yang aku guna, hasil dia ok. Gambar cantik, sound ok... and gambar pun tak banyak gegar.
Intelligent Features
Scene Optimizer
Shot suggestion
Flaw Detection
AR Doodle - yang kalau hangpa nak jadi kartun la..
Security
On-screen fingerprint sensor
face recognition
Water & Dust Resistance
IP68 *Based on test conditions of submersion in up to 1.5 meters of fresh water for up to 30 minutes.
<yang dalam air ni aku belum cuba lagi. Cuak gak arr nak masukkan phone dalam air. HAHAHAHA
Setakat guna s20+ ni selama sebulan ni, aku puas hati dengan gambar-gambar yang dihasil. Hasil gambar dia memang cun juga la. Banyak features menarik kita boleh explore. Setakat ni aku suka s20+ punya wide angle dan juga night mode features. Gambar memang best. Di bawah ada contoh gambar yang aku snap tanpa edit, semua ni fresh dari s20+ je memang tak edit guna mana-mana app pun.
Night mode |
Wide-Angle camera |
Dataran Merdeka |
Asian Business School |
Putrajaya |
"Bears in a store" |
Bunga kucai - zoom |
Orkid - zoom |
6 Comments
Okay jgk spec dia. Kualiti gambar pun bagus..Tgk spec rear camera pun kebabom....
ReplyDeletehaah gambr dia memang best gak... main game pun syok...lupa plak nak cerita...hahaha
Deletewow
ReplyDeleteapa yang wow nya wei?
DeleteWow. Nice jugak phone nii
ReplyDeletebest gak la....macam-macam ada..
ReplyDelete